Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting

Sunday

Hari Terbuka PASTI

Menjadi amalan setiap tahun. Kali ini, pada tanggal 3 Julai 2011 bersamaan hari Ahad, perjumpaan di antara ibu bapa pelajar dengan guru-guru bagi penyerahan keputusan peperiksaan dan melaporkan prestasi semasa. Seperti lazimnya, perjumpaan ini adalah satu usaha untuk memperbincangkan dan mempertingkatkan prestasi anak-anak yang belajar di PASTI. Namun kali ini pelbagai pendekatan di ambil. Semoga pencapaian anak-anak PASTI terus cemerlang dan gemilang..

Saturday

ISRAK & MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab. Apa yang lebih penting adalah penghayatan dan pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.







Candid RAWATAN & PEMERIKSAAN GIGI

Friday

RAWATAN & PEMERIKSAAN GIGI KALI KE-2

Rawatan dan pemeriksaan gigi kali ini adalah untuk melihat kefahaman para pelajar memahami makanan yang boleh merosakkan gigi dengan makanan yang baik untuk gigi. 

Jururawat yang hadir memberi sedikit taklimat dan maklumat kepada para pelajar. Seterusnya para pelajar akan di pilih untuk bermain dengan permainan yang disediakan oleh pihak klinik pergigian.

Monday

KREATIVITI

Selain daripada belajar berpandukan buku teks, para pelajar juga akan didedahkan dengan ilmu kreativiti. Di mana, para pelajar akan di ajar cara-cara membuat pinggan kertas, origami, mewarna dan melukis, sama ada menggunakan pensel warna ataupun warna air.






Hasil kerja tangan para pelajar ini akan di pamerkan semasa hari terbuka nanti iaitu semasa mengambil rekod perkembangan dan pencapaian murid.

Cadid HARI IBU DAN HARI GURU

HARI IBU & HARI GURU

"Kasih Ibu membawa ke syurga, Kasih Guru berkorban mendidik anak bangsa umpama lilin yang membakar diri". Dengan tema "Sayangi guru dan Kasihi Ibu", PASTI As-Syakirin telah mengadakan majlis sambutan untuk mengenang jasa guru secara sederhana, namun meriah. Pelbagai acara dijalankan seperti mencari nama guru, melipat pakaian, mengenal barangan dapur, menghias guru (mumia) dan jamuan.
Ini lah hasil saya melipat baju
Selamat Hari Guru...Cikgu...

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
Guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad S.A.W
memimpin insan
ke jalan lurus 

Jamuan
Berkelah bersama Cikgu

Sunday

PERTANDINGAN SUKAN PASTI K.H.L

warm-up

Masuk padang
Rebut bola

PASTI As-Syakirin Bandar Teknologi Kajang telah menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh AJK PASTI Kawasan Hulu Langat yang berlangsung di Stadium Kajang.

Saturday

Candid HARI SUKAN

SUKAN PASTI

Aktiviti sukan merupakan sebahagian dari sukatan ko-kurikulum pendidikan PASTI. Sukan berupaya memupuk kesihatan fizikal pelajar. Minda yang sihat adalah hasil daripada fizikal yang sihat. Islam  menitikberatkan pendidikan kesihatan. Junjungan Nabi menyuruh kita  mendidik anak-anak dengan aktiviti sukan seperti memanah, berenang dan berkuda.  Seorang Islam bukan sahaja di kehendaki mempunyai kekuatan mental, tetapi kekuatan fizikal juga penting  untuk berjuang ke jalan ALLAH.

Aktiviti sukan merupakan kaedah yang baik untuk melahirkan sifat yakin diri, bekerjasama, berpasukan, hidup tolong-menolong serta bersemangat juang yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang diidamkan dalam kehidupan. Maka aktiviti sukan perlu dipupuk dikalangan anak-anak sejak dari kecil lagi.

Disamping itu, wajib menjaga syariat yang di anjurkan dalam bersukan seperti pakaian yang sesuai dan mengelakkan sifat-sifat  permusuhan yang boleh memutuskan silaturrahim. Bersukan juga adalah suatu aktiviti ibadah disamping riadhah bersama keluarga dan sahabat handai.

Acara ini telah di adakan di padang Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang dan dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli B. Che Mat selaku Ahli Parlimen Hulu Langat. Pelbagai acara diadakan antaranya seret bola guna gelung, isi air dalam botol, kembarku, bawa bola ping pong dalam sudu, padanan al-asma', padanan al-alwaanu dan lain-lain lagi.


Isi air dalam botol
Seret bola guna gelung

Bawa bola ping pong guna sudu

Kembarku (ikat kaki)

Padanan Al-Asma'

Susun perkataan

Kutip gula-gula

Lari pecut

Kupas kulit epal

Susun batu bata

Tarik Tali





KELAS e-Xra

Selain daripada pembelajaran menggunakan buku teks dan silibus PASTI, para pelajar juga perlu mengikuti kelas e-Xra. Ini kerana, dalam kelas tersebut para pelajar akan di dedahkan dengan kaedah untuk menguasai kemahiran asas membaca yang cepat dan betul. Kelas tersebut terbahagi kepada e-Xra Bahasa Melayu dan e-Xra Bahasa Inggeris, yang mana pembelajarannya adalah selama 30 minit dan diselang-selikan e-Xra Bahasa Melayu dan e-Xra Bahasa Inggeris dalam seminggu. Alhamdulillah, sepanjang mempelajari silibus dari PASTI dan digabungkan dengan kelas e-Xra, para pelajar bukan sahaja boleh membaca karangan pendek, malah boleh membaca buku cerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta keratan akhbar.





SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Dengan inisiatif para guru PASTI As-Syakirin BTKj, majlis tersebut telah di adakan secara sederhana semasa hari persekolahan. Pelbagai acara di adakan, antaranya perarakan dengan membaca selawat, kuiz, bercerita, tayangan video tentang sejarah hidup Nabi dan perjuangannya.


BILIK DARJAH / KELAS

Candid PEMERIKSAAN GIGI

PEMERIKSAAN PERGIGIAN

Ia merupakan kerjasama yang pertama dengan Klinik Pergigian Kajang. Para pelajar sangat teruja untuk bertemu dengan jururawat, namun ada juga segelintir pelajar yang takut sehingga menangis dan menyorok. 

Penerangan
Pemeriksaan
Pemeriksaan
Pemberian ubat gigi
Demontrasi

Mula memberus gigi

Memberus gigi
Memberus gigi
Memberus gigi
Memberus gigi