Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting

Sunday

Hari Terbuka PASTI

Menjadi amalan setiap tahun. Kali ini, pada tanggal 3 Julai 2011 bersamaan hari Ahad, perjumpaan di antara ibu bapa pelajar dengan guru-guru bagi penyerahan keputusan peperiksaan dan melaporkan prestasi semasa. Seperti lazimnya, perjumpaan ini adalah satu usaha untuk memperbincangkan dan mempertingkatkan prestasi anak-anak yang belajar di PASTI. Namun kali ini pelbagai pendekatan di ambil. Semoga pencapaian anak-anak PASTI terus cemerlang dan gemilang..

Saturday

ISRAK & MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab. Apa yang lebih penting adalah penghayatan dan pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.







Candid RAWATAN & PEMERIKSAAN GIGI

Friday

RAWATAN & PEMERIKSAAN GIGI KALI KE-2

Rawatan dan pemeriksaan gigi kali ini adalah untuk melihat kefahaman para pelajar memahami makanan yang boleh merosakkan gigi dengan makanan yang baik untuk gigi. 

Jururawat yang hadir memberi sedikit taklimat dan maklumat kepada para pelajar. Seterusnya para pelajar akan di pilih untuk bermain dengan permainan yang disediakan oleh pihak klinik pergigian.