Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting

Saturday

KELAS e-Xra

Selain daripada pembelajaran menggunakan buku teks dan silibus PASTI, para pelajar juga perlu mengikuti kelas e-Xra. Ini kerana, dalam kelas tersebut para pelajar akan di dedahkan dengan kaedah untuk menguasai kemahiran asas membaca yang cepat dan betul. Kelas tersebut terbahagi kepada e-Xra Bahasa Melayu dan e-Xra Bahasa Inggeris, yang mana pembelajarannya adalah selama 30 minit dan diselang-selikan e-Xra Bahasa Melayu dan e-Xra Bahasa Inggeris dalam seminggu. Alhamdulillah, sepanjang mempelajari silibus dari PASTI dan digabungkan dengan kelas e-Xra, para pelajar bukan sahaja boleh membaca karangan pendek, malah boleh membaca buku cerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta keratan akhbar.





No comments:

Post a Comment