Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting

Saturday

SUKAN PASTI

Aktiviti sukan merupakan sebahagian dari sukatan ko-kurikulum pendidikan PASTI. Sukan berupaya memupuk kesihatan fizikal pelajar. Minda yang sihat adalah hasil daripada fizikal yang sihat. Islam  menitikberatkan pendidikan kesihatan. Junjungan Nabi menyuruh kita  mendidik anak-anak dengan aktiviti sukan seperti memanah, berenang dan berkuda.  Seorang Islam bukan sahaja di kehendaki mempunyai kekuatan mental, tetapi kekuatan fizikal juga penting  untuk berjuang ke jalan ALLAH.

Aktiviti sukan merupakan kaedah yang baik untuk melahirkan sifat yakin diri, bekerjasama, berpasukan, hidup tolong-menolong serta bersemangat juang yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang diidamkan dalam kehidupan. Maka aktiviti sukan perlu dipupuk dikalangan anak-anak sejak dari kecil lagi.

Disamping itu, wajib menjaga syariat yang di anjurkan dalam bersukan seperti pakaian yang sesuai dan mengelakkan sifat-sifat  permusuhan yang boleh memutuskan silaturrahim. Bersukan juga adalah suatu aktiviti ibadah disamping riadhah bersama keluarga dan sahabat handai.

Acara ini telah di adakan di padang Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang dan dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli B. Che Mat selaku Ahli Parlimen Hulu Langat. Pelbagai acara diadakan antaranya seret bola guna gelung, isi air dalam botol, kembarku, bawa bola ping pong dalam sudu, padanan al-asma', padanan al-alwaanu dan lain-lain lagi.


Isi air dalam botol
Seret bola guna gelung

Bawa bola ping pong guna sudu

Kembarku (ikat kaki)

Padanan Al-Asma'

Susun perkataan

Kutip gula-gula

Lari pecut

Kupas kulit epal

Susun batu bata

Tarik Tali





No comments:

Post a Comment