Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan prasekolah sebagai elemen terpenting

Saturday

PROFIL



PASTI As-Syakirin Bandar Teknologi Kajang di tubuhkan pada tahun 1998.  Cawangan PAS Bandar Teknologi Kajang telah melantik beberapa orang ahli PAS BTK untuk mengurus perjalanan PASTI As-Syakirin BTKj di bawah AJK Ketua Pemuda PAS BTKj.  Setiap dua tahun perlantikan akan di buat oleh Ketua Cawangan untuk kawatan pengurus, Setiausaha dan bendahari dan AJK Logistik.  Manakala pengurus PASTI BTKj akan melantik.  


PASTI As-Syakirin BTKj di kendalikan oleh beberapa orang AJK dan 6 orang guru.  Setiap tahun PASTI As-Syakirin BTKj akan mengadakan pelbagai acara dan sambutan seperti Sukan Tahunan, Hari Guru, Maulidur Rasul, Lawatan sambil belajar, Majlis Ihtifal dan sebagainya. Dengan   adanya program-program tersebut akan merapatkan lagi ukhwah di kalangan ahli PAS BTKj dan menjalin silaturrahim dengan ibubapa pelajar.

PASTI As-Syakirin BTKj juga pernah dinobatkan sebagai Pengurusan Pasti Terbaik bagi Kawasan Hulu Langat, Selangor. Selain itu, PASTI As-Syakirin BTKj turut memenangi beberapa acara pertandingan di Sukan PASTI Kawasan Hulu Langat serta Hari Bakat peringkat Kasawan dan Negeri.


Dengan kejayaan yang di kecapi sepanjang penubuhannya, PASTI As-Syakirin BTKj komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan untuk menjadi sebuah Pusat Pendidikan Prasekolah yang terunggul di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment